🔥 Ka-ching! 👍Withdraw REQUEST anda dalam FOREX yang PERTAMA!

Hari ni nak berkongsi sesuatu yang SIMPLE tapi mungkin penting JIKA nak mulai jana pendapatan sampingan melalui forex. 🌈

Kalau mau baca ebook pasal Money management, ada kena share FREE sini ebook dia..📓 Nanti lain kali kalau ada apa2 yang sya boleh share, saya akan share melalui emel. Percuma jak.

SFX GIVEAWAY

Yang PALING PENTING dalam trade FOREX Ni sebenarnya bukan TEKNIK atau STRATEGI sahaja tapi ianya adalah sesuatu yang ada dalam diri anda sendiri. 😺

Andalah ‘ENJIN’ bisnes forex anda. 🙂 anda yg mengerakkannya…🏎🏎

Ada sifu mengatakan ,”jangan sibuk tanya pasal teknik, tentang cara trade. Trade dengan teknik apapun boleh buat profit asalkan faham dan betulkan trading psikologi. Kalau PSIKOLOGI betul, MINDSET betul, trading memang BERJAYA dan akan KONSISTEN.”👍🤓

Kawal Diri (Minda, psikologi), baru dapat kawal AKAUN. Apa yang berlaku ramai yang kawal akaun guna emosi bukan guna minda. 😕

Betul kaitu kalau saya cakap yang Trader selalu KALAH dengan EMOSI sendiri?🤦‍♀️

“Boleh turun lagi ni…”
“50-50 ni, tapi kalau setup jadi jauh pergi ni !”
“Sekali skala naikkan risiko apa salahnya…”

Dari sini kita boleh lihat bagaimana hal mindset dan psikologi menjejaskan trading….itu sebab selepas sdh ada MINDSET dan PSIKOLOGI yang betul, kena juga ada TRADING PLAN yang baik.

Masih ramai trader yang ada masalah macam ni.

Mereka ada masalah:-

🔻 EMOSI & TAMAK – (Greed in Trading)🥺🥺

1) ➖ Selepas sesi trading untuk 1 hari, target pun sudah sampai tapi bila balik-balik tengok chart, rasa price masih boleh pigi jauh….rasa sayang pula kalau nda entry…tapi bila masuk..nah habis… Inilah sikap tamak yang bikin kacau sama trader.

So tips yang dicadangkan oleh kawan2 yang konsisten dalam forex adalah bila sudah sampai target, tutup chart dan keluar rumah atau buat kerja lain. Jangan duduk2 sambil tengok chart…kalau trading plan anda target pencapaian harian sebanyak 2.5% sehari..kalau sudah sampai target. Cukuplah…relax sdh. Ni kalau sudah jadi habit, lama2 emosi akan jadi kuat dan lebih berdisiplin dalam trading.

2) ➖ Banyak juga trader yang kita panggil sebagai ‘Trader Harapan’. Contoh hari tu masuk trade, tapi LOSS kerana salah set up dan mungkin ada news dan pasaran bergerak arah yang berlawan. Nah,…sanalah emosi trader mula mengharap…”harap2 turun selepas ni, tunggu jak.” Tunggu punya tunggu last2 MC akaun trade…itulah tidak mau CUT LOSS. Cut Loss ni simple jak…ianya adalah mengakui sudah silap, CUT LOSS supaya boleh masuk trade lagi. Gara2 teknik harapan ni banyak yang MCkan akaun.

Agi Idup agi Ngelaban…ni pepatah iban maksudnya ,”selagi hidup, selagi berjuang”. Ehh..betul kah juga ni? hehe but memang betul juga kalau dalam trade kita. Selagi kita ada modal, walaupun kita cut loss selepas ada set up atau analisa yang salah, memang akaun kita tu boleh pergi jauh…kalau mau pergi jauhlah…so capital preservation itu sangat penting. Entry dan Exit kena ada strategi. So cut loss saja bah supaya boleh trade lagi nanti. jangan dengan satu entry tu, kamurang punya akaun MC dan terkeluar dari market. 😹

3) Mau balas dendam sama market! 😡

➖ Nasihat saya kalau sudah cut loss, jangan terus terjun buat entry baru dalam keadaan emosi sebab mau balas dendam dan mau cover balik yang sudah LOSS. Susah tu…kasi relax-relax dulu tu emosi baru masuk balik bah. kawal sikit emosi mau balas dendam tu.

🔻 EMOSI & TAKUT – (Fear in Trading)😰

1) ➖ Biasa kita takut ini datang selepas kita tamak semasa trading. Hehe…kenapa? Sebab bila tamak, semua tak kena control, tidak ikut MM, saiz lot pun berubah2..so bila salah arah dan floating, terpaksa mau CUT LOSS sebab takut MC. Takut ni boleh datang dalam dua senario.

Contoh anda tahu analisa anda sudah betul, tapi dia retracement sekejap dan anda floating merah, sebab takut akaun MC, kamu pun cut loss…kamu fikir dalam hati ,” sanggup lagi saya hilang USD50 daripada hilang USD100″ sedangkan set up betul, strategi betul , cuma ada rasa takut….so cut loss…bila sudah cut loss, tidak lama market kembali ke ‘pangkal jalan’. Nah sudah rugi!😫

Senario ke dua, anda silap analisa. Anda tahu sudah silap tapi takut mau cut loss sebab takut rugi. Nah di sini main lagi teknik harapan. Sekali market radu lawan arah…habis MC akaun.😔

Ikut SOP Money management yang anda sudah belajar. Saya yakin suatu masa dulu memang ada belajar juga kan pasal MM ni? Lepas tu Yakin saja bah dengan set up dan analisa sendiri. Pasang TP dan SL. 😎

Kalau mau baca ebook pasal Money management, ada kena share FREE sini ebook dia..📓 Nanti lain kali kalau ada apa2 yang sya boleh share, saya akan share melalui emel. Percuma jak.

Join kat sini SFX GIVAWAY

Leave a Reply

Introducer Broker, LiteFinance 🔥 Ka-ching! 👍Withdraw REQUEST anda dalam FOREX yang PERTAMA!

Pin It on Pinterest

Share This
× Hi, boleh saya bantu?