SMART GOAL Untuk Forex Trader

Anda Nak Jadi Forex Trading Professional? Seorang Pakar Forex?

Dalam setiap bidang, kita memerlukan latihan dan disiplin yang ketat sehinggalah kita benar-benar mahir akan sesuatu perkara itu. Ada yang mengatakan untuk menjadi seorang pakar, diperlukan masa 10,000 jam untuk benar-benar mahir dan dianggap sebagai pakar dalam sesuatu bidang tersebut.

Secara puratanya seseorang yang mencapai tahap pakar dianggarkan mengambil masa selama 7 tahun. Dalam masa itu, setiap hari anda kena bekerja keras agar menjadi lebih pakar dalam bidang anda. Bagi sesetangah orang pula, mereka memerlukan masa yang lebih lama.

Jika kita tukarkan masa 7 tahun itu, ianya lebih kurang sama dengan 10,000 jam.

Berapa jam sudah anda peruntukkan untuk menjadi seorang FOREX TRADER yang Professional?

Sekiranya TRADING HOURS kita masih sedikit, adalah lebih baik anda mulai sekarang.

Anda sebenarnya tak perlu lagi nak berhenti kerja semata-mata nak menjadi seorang Forex Trader Sepenuh Masa atau Profesional Forex Trader.

Anda boleh bermula dengan menjadi KONSISTEN dalam trading anda. Dapatkan keuntungan kecil dalam 5% to 10% secara konsisten setiap bulan dan cuba naikkan portfolio pelaburan anda dalam FOREX secara perlahan-lahan.

Dalam proses nak menjadi konsisten ini, anda juga belajar mengawal emosi, mengurus kewangan atau Money Management yang betul untuk akaun Forex anda.

Fokus untuk menjadi seorang Forex Trader yang KONSISTEN Profit.

Sebenarnya menjadi FULLTIME Forex Trader ini tak perlu dimulakan dari ZERO. Mulakan secara part time, cari keuntungan konsisten dan dari situ baru terjun menjadi Full Time Fores Trader.

Its a long term game friend!.

Dengan ini, anda akan belajar melakukan trading secara konsisten dan tetap berdisiplin untuk tempoh masa yang lama.

Setiap Forex Trader masing-masing ada kebiasaan mereka dan masa untuk mereka menemukan kejayaan dalam Forex Trading mengambil masa yang berbeza-beza untuk setiap trader.

Namun jika anda belajar dan menguasai teknik tertentu dan tidak berpindah-pindah teknik dan mempunyai sikap yang betul, pengharapan yang betul dan realistik serta mengamalkan disiplin dalam trading, memang anda juga boleh berjaya sebagai Forex Trader dan semakin dekat ke arah menjadi seorang Forex Trader Professional atau Full Time Forex Trader.

Saya rasa anda tahu bahawa menjadi seorang Forex Trader ini bukannya sesuatu yang senang.

Trading Forex memang SUSAH. Secara purata, hanya 1 dari 4 trader saja yang untung dan konsisten. Jika ada 10 orang trader, hanya 2 atau 3 orang sahaja yang akan prodit secara konsisten.

Jika anda baru nak bermula sebagai forex trader, jangan patah Semangat. Tapi kami di Sabah Forex mahu agar anda mempunyai pengharapan atau expectation yang realistik.

Forex Trading ni bukan skim cepat kaya. Trading Forex adalah satu kemahiran yang perlu MASA untuk dipelajari. Faham ke faham?=)

Anda kena terima hakikat bahawa untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya anda kena meluangkan banyak masa, tenaga dan mungkin juga wang anda . Dan bertahan pada saat anda mengalami situasi ‘pasang surut’ dalam perjalanan anda sebagai seorang trader. Semakin anda terima hakikat ini semakin cepat anda dapat mencapai target anda.

Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ikut untuk mancapai target anda menjadi seorang trader profesional.

Anda kena ada SMART Goal dalam menjana keuntungan yang konsisten setiap bulan.

Ok, apa itu SMART GOAL. Mungkin anda pernah mendengar perkataan ini dalam buku-buku pengurusan perniagaan. SMART goal adalah singkatan bagi Specific, Measurable, Attainable, Relevant, Time Based.

Anda kena menjawab persoalan ,’Apa perlu saya lakukan?” untuk mencapai target anda.

“Saya nak menjadi seorang yang berjaya dalam Forex Trading.” Ini agak umum dan tidak spesifik. Itu sebabnya anda kena buat SMART GOAL.

S=Spesifik atau Khusus/Spesifik

Jawapan yang abstrak dan terlalu umum seperti itu tidak akan bagus kerana hasilnya nanti tidak akan sama seperti yang dirancang. Elakkan objektif seperti ‘saya nak buat banyak duit dalam Forex’, atau ‘saya nak ada income yang selesa’ sebab ianya sebenarnya tidak masuk akal. Anda kena Spesifik, contoh saya nak menjana USD10 sebulan dengan modal USD100 saya.

M =Measurable atau Boleh diukur

Setiap objektif seharung adalah sesuatu yang boleh anda ukur menggunakan ukuran tertentu. Ini membantu anda melihat jika anda semakin dekat dengan objektif anda ataupun tidak. Memang dalam Forex adalah hampir mustahil untuk kita membuat perkiraan atau ramalan profit tapi kita boleh melihat atau mengukurnya melalui saiz profit kita, peratusan atau ratio, kekerapan masuk trade dan sebagainya.

A= Achievable atau Dapat Dicapai

Suatu objektif adalah adakah usaha anda untuk menyelesaikan tujuan-tujuan ‘kecil’ yang akan membawa anda ke tujuan yang BESAR. So, pastikan juga bahawa target anda bersesuaian dengan skill dan kemampuan anda sebagai seorang trader. Anda jangan jemu nak menimba ilmu trading yang berfokus, Perkuatkan asas forex. Tabahkan masa latihan, anda akan menjadi semakin yakin dapat mencapai target yang anda inginkan sebagai seorang trader.

R= Realistic atau Realistik 

Target anda harus realistik. Jangan cakap saya nak menggandakan modal USD100 saya dalam masa 1 minggu. Kita nak lama dalam Forex, bukan 100% untung dalam seminggu dan kemudian MC keesokan harinya.

T= Time-based atau Tempoh Masa

Anda perlu tentukan tempoh masa tertentu yang anda nak capai obketif anda sebagai seorang Forex Trader. Anda pernah dengar prinsip 10,000 jam atau 7 tahun itu kan? Itu untuk jangka masa yang panjang, anda boleh perkecilkan untuk tempoh masa selama 1 tahun, 2 tahun dan sebagainya. Rancangkan apa saya nak capai dalam tempoh 1 tahun ini? Ini akan membantu anda mencapai objektif trading anda dengan lebih cepat. Semakin logik perancangan anda, semakin anda dapat mencapainya. Logik itu perlukan SMART Goal.

NAK SIGNAL TERUS KE TELEGRAM ANDA?
Klik ===> https://sabahforex.com.my/akaunlitefx

selepas itu request melalui wasap kepada https://sabahforex.com.my/wasapmt4id

Leave a Reply

× Hi, boleh saya bantu?

Pin It on Pinterest

Share This