Maju 2020: Matlamat Tahun Baru 2020

Onwards 2020! Maju 2020

Happy New Year 2020

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua trader dan 282 klien yang membuka akaun under link affiliate saya, kepada semua member VIP Signal Telegram, kepada sifu-sifu, mentor-mentor forex yang mana saya belajar secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Tahun 2019 adalah tahun di mana saya mula fokus kepada niche forex secara sepenuh masa sebagai full time trader dan menjadi IB Forex kepada broker LiteFinance secara ‘exclusive’.

Sememangnya kekuatan utama saya adalah dalam bahagian MARKETING. Tetapi dalam proses saya fokus dan belajar forex, saya sedari bahawa saya juga ada sesuatu yang boleh dikongsikan kepada ramai lagi trader-trader yang baru berkecimpung.

Terima kasih kepada #litefinance yang membuka ruangan baru kepada saya untuk menjana pendapatan melalui forex. Dulu saya fikir cuma dengan menjadi trader sahaja dapat menjana income lumayan melalui forex, rupanya tidak.

Sebenarnya Industri Forex ini begitu besar, banyak cabang kita boleh buat duit…yang penting jangan jadi scammer.

Ingat juga dalam forex ni #hatersgonnahate so abaikan haters dan fokus kepada matlamat kita tahun 2020 ini.

Azam saya adalah untuk membantu lebih ramai trader untuk profit dalam forex dalam tahun ini terutamanya orang Sabah.

Tahun 2019 saya fokus kepada 100% menggunakan medium online sebagai wadah saya mengembangkan network saya dalam broker litefinance.

Tahun 2020, ini saya akan mulai bergerak secara online dan offline pula.

Gabungan kedua ini tentunya memerlukan saya mulai bergerak secara lebih terbuka, jika perlu dari rumah ke rumah dan dari individu ke individu.

Antara MATLAMAT saya tahun 2020 ini adalah:

  1. Memulakan servis ‘COPYTRADE’ rasmi untuk SABAH FOREX.
  2. Memberikan perkhidmatan yang lebih baik menerusi servis SIGNAL VIP dan juga Signal PERCUMA.
  3. Membuka satu pejabat urusan/pusat latihan akademi rasmi Sabah Forex agar setiap klien dibawah payung Sabah Forex dapat diberikan perkhidmatan yang lebih baik.
  4. Menambahkan team pasukan Sabah Forex yang meliputi bahagian fund management, education & training, sales & marketing.
  5. Menyelesaikan hutang-hutang.
  6. Menjadi mentor forex kepada orang terpilih dan membimbing mereka agar menjana minimum USD1000 sebulan sebagai IB Forex dan sebagai trader.
  7. Membawa keluarga bercuti ke NEW ZEALAND.

P/S: matlamat ni hanyalah rujukan saya. Tentunya usaha, doa dan berserah kepada Tuhan sehingga matlamat-matlamat ini tercapai. Doakan saya.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest

Share This
× Hi, boleh saya bantu?