Ini Apa Orang Kaya Ajar Anak Mereka: Aset Vs Liabiliti

“…INI APA ORANG KAYA AJAR ANAK MEREKA…”

Aset Vs Liabiliti

Aset ialah apa saja yang membuat duit masuk ke poket kita.

Contoh  ialah rumah yang disewakan kepada orang lain yang membawa untung setiap bulan kepada kita.

Contoh lain duit kita di ASB yang ada bunga untung setiap tahun.

Liabiliti ialah apa saja yang menyebabkan duit keluar dari poket kita.

Contoh beli kereta sendiri yang perlu dibayar bulanan kepada bank,
Penyelenggaraan kenderaan.

Contoh lain langganan utiliti harian seperti Astro, internet, suratkhabar, pembelian perabot secara ansuran dan banyak lagi yang boleh mengeringkan poket kita.

Ya, sesetengah liabiliti ini merupakan keperluan dan kita tiada pilihan melainkan terpaksa mengambilnya juga. Maka, pemilihan liabiliti yang sesuai dengan kemampuan kita merupakan suatu keputusan yang penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Menarik bukan….jom kita baca cerita rekaan berikut yang menerangkan mengenai konsep ini.

Cerita Bapa Yang Kaya dengan Anaknya…

Pada suatu hari, anak seorang yang kaya, seorang mahasiswa, mendekati ayahnya dan perbualan berikut terjadi.

Anak: Pak, boleh cakap sekejap?

Bapa: Ada apa.

Anak: Antara kawan-kawan saya, saya saja ni yang tiada kereta. Malu lah pak..

Bapa: Jadi…apa anak mau saya buat?

Anak: Pak, saya mau kereta bah. Nda syok bah saturang saja sya yang tiada kereta.

Bapa: Ada sudah kereta yang ko fikir2 mo ambil?

Anak: Ya Ada…(Senyum2)

Bapa: Berapa?

Anak: RM10k

Bapa: Ok…sya bagi ko duit untuk beli kereta tapi dengan satu syarat.

Anak: Apa syaratnya?

Bapa: Ko tidak boleh beli kereta pakai ni duit tapi sya mo ko kasi labur bagus2. kalau ko dapat untung yg cukup dari pelaburan ni, ki belilah kereta yang ko minat tu pakai duit untung. Setuju?

Anak: Setuju.

Kemudian, bapa bagi dia cek bernilai RM5k. Anak pergi bank dan keluarkan duit dan melaburkannya ikut cakap si bapa.

Beberapa bulan kemudian, si bapa pun mulai tanya si anak macam mana sudah hasilnya. Si anak respon mengatakan yang bisnesnya semakin maju. Si bapa biarkan dia…

Selepas beberapa bulan kemudian, si bapa tanya anaknya mengenai bisnesnya sekali lagi dan si anak bagitahu yang dia untung besar dalam bisnesnya.

Selepas 1 tahun selepas si bapa bagi duit sama si anak, si bapa tanya dia untuk tunjuk hasil bisnesnya selama 1 tahun itu. Si anak setuju dan perbualan berikut terjadi.

Bapa: Dari laporan ni saya boleh nampak yang ko sudah untung banyak duit.

Anak: Ya Pak.

Bapa: Ko masih ingat perjanjian kita?

Anak: Ya Pak.

Bapa: Apalah perjanjian kita hari tu?

Anak: Yang saya akan laburkan duit itu dan akan beli kereta dari untungnya.

Bapa: Jadi kenapa ko belum beli kereta itu?

Anak: Saya sedar yang sya tidak perlu kereta itu. Sya mau melabur lebih banyak.

Bapa: Bagus nak..ko sudah tangkap apa sya mo ajar sama ko. Ko sebenarnya tidak perlu kereta itu, ko cuma tidak mau rasa ketinggalan sama kawan-kawan ko. Dan itu cuma akan membebankan ko secara kewangan…tambah liabiliti. Itu bukan aset tapi liabiliti.
Kedua, ko ingat ni baik-baik… sangat penting untuk ko labur untuk masa depan ko sebelum ko hidup macam raja.

Anak: Terima kasih pak!

Kemudian si bapa bagi si anak kunci kepada model terkini kereta yang si anak minat.

Moral cerita ini:

  1. Selalu utamakan melabur sebelu anda hidup seturut dengan cara yang anda ingini.
  2. Apa yang anda perlukan sekarang mungkin akan menjadi kehendak jika anda mengambil sedikit masa untuk mengatasi emosi anda.
  3. Cuba untuk membezakan antara aset dan liabiliti supaya apa yang anda anggap sebagai aset pada hari ini tidak akan menjadi suatu liabiliti kepada anda pada masa depan.

Perbezaan antara orang kaya dan orang miskin adalah orang kaya mencari aset sementara orang miskin mencari liabiliti.

kenal dirimu
bina dirimu
Jadi diri sendiri…

Penting untuk kita mengenali aset dan liabiliti kerana ia memudahkan kita untuk proses ke arah kebebasan kewangan.

Leave a Reply

Kewangan Ini Apa Orang Kaya Ajar Anak Mereka: Aset Vs Liabiliti