Dah Naik Lebih 800 Pips, USD/JPY Kekal Siri Kenaikan Harga Untuk Minggu Kedua

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY meneruskan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut selepas penurunan harga dipamerkan pada dagangan awal minggu.

Matawang US dolar kekal diniagakan mengukuh berbanding safe-haven Yen dalam suasana sentimen pasaran berisiko akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Setakat hari ini, USD/JPY telah membuat kenaikan lebih 800 pips untuk siri kenaikan bagi dua minggu berturut-turut.

Pada dagangan semalam, harga yang menguji paras ketinggian minggu lalu iaitu pada 108.500 kemudiannya telah berjaya melepasi zon resistance tersebut sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia pagi ini.

Harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY memberi isyarat trend kekal bullish.

Kenaikan harga dilihat akan menuju resistance pada 110.00 yang menjadi zon SBR (support become resistance) harga pada dagangan Februari lalu.

Seterusnya kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju paras ketinggian 111.00 sebelum harga meneruskan lagi kenaikannya.

Penurunan harga yang berlaku pula dilihat akan menguji paras 108.300 yang akan berfungsi sebagai zon RBS (resistance become support) dan juga paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Melepasi paras tersebut pula, harga berkemungkinan akan memberi petunjuk perubahan trend harga dengan kecenderungan untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Ucapan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat akan menjadi tumpuan pelabur yang seterusnya.

Suntikan dana kecemasan serta pelonggaran polisi oleh bank pusat secara giat dilihat memberi keyakinan terhadap pelabur. Permintaan terhadap matawang utama dunia itu juga turut meningkat ekoran situasi kecemasan yang melanda seluruh dunia akibat serangan virus COVID-19 yang belum berakhir.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

1

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Source

Leave a Reply

Pin It on Pinterest

Share This
× Hi, boleh saya bantu?