Apa Bakal Forex Trader Perlu Tahu Sebelum Bermula?

Dalam post kali ini saya nak berkongsi dengan anda apa yang seorang bakal forex trader kena tahu sebelum memasuki FOREX TRADING.

Sebelum itu, saya nak kita ingat satu perkara, bahawa dalam FOREX ni tiada istilah INVEST atau LABUR dan tunggu income bulan-bulan sambil goyang kaki…

Tidak hairanlah di Malaysia ini ada banyak SKIM-SKIM yang terang-terang adalah SCAM, tapi masih banyak orang yang terjebak.

Kenapa?

Oleh itu, kita kena tahu ASAS atau BASIC sebelum kita nak menceburkan diri dalam FOREX.

1.MINDSET

Mindset tu kena ubah dulu. Income Forex ni memang ada..cuma kenalah ada ILMU pasal forex ni. Just Google…banyak ilmu forex ni di internet. Berfikir cara Mudah! Kenapa kita sanggup bekerja 8 jam sehari untuk dapat gaji bulanan tapi kita tak sanggup menghadap chart 8 jam sehari untuk dapat duit setiap hari?

2.AGE IS JUST A NUMBER

Banyak trader forex yang saya kenal mereka walaupun masih mudah tetapi sudah banyak kali withdraw dari Forex, ada juga yang walaupun umur dah 60 tahun pun masih sempat nak berjaya dalam FOREX. Seperti kata “AGE IS JUST A NUMBER”, ianya tiada kaitan dengan kejayaan dalam FOREX ni. So teruskan menimba ilmu tak kira apapun umur anda.

3.JANGAN JADI GILA!

Definisi KEGILAAN atau INSANITY- Doing the same thing over and over gain and expecting a different result (Quote- Albert Einstein). Tapi dalam FOREX ni..kalau kita berulang kali MC dan Deposit…itu sudah kerja GILA! Sebab Forex ni sepatutnya adalah MESIN DUIT tapi selalunya ianya menjadi MESIN SEDUT DUIT pula…tentu ada sesuatu yang tak kena dengan cara kita…so, ilmu kena betul.

4. FOREX INI ADALAH TENTANG ANDA.

Forex ini sangat berkait rapat dengan DIRI KITA..tentang SIAPAKAH kita…

Dalam Forex ni dikaitkan dengan KETAMAKAN dan KETAKUTAN. Dan ini adalah satu emosi dan mindset yang memang hanya diri sendiri yang kena hadapi. Orang lain tak dapat hadapi untuk kita. Bisnes FOREX ini bukan seperti bisnes biasa di mana kita kena yakinkan mereka tapi dalam FOREX ianya hanya ada kita dan market. Lagi cepat kita kuasai ilmu yang tepat, lagi cepat kita boleh buat duit melalui FOREX.

Leave a Reply

Asas Forex, Belajar Forex Apa Bakal Forex Trader Perlu Tahu Sebelum Bermula?
× Hi, boleh saya bantu?